cucu toknek habaq, kalau nak masuk blog toknek, taip lagu nih :

{{ dabeliu tiga kali, dot toknek dot com }}



Tauk Plak Gigi Dengan Cara Palin Mudah


artikel ditulis oleh Toknek pada : 2018-01-11 20:54:01
Kategori Berita | Sumber asal : Link


Gigi adalah pelengkap untuk sebuah senyuman yang manih. Mesti lah kan, kalau gigi buruk dan rongak ghenyih la sampai ke telinga sekali pun tetap nampak hodoh. Sedari kita kecik lagi, puas mak pak, guru dan doktoq gigi ajaq cara lagu mana nak menjaga gigi dengan baik supaya tak berlubang, rongak dan sebagainya. kalau baloq dan serin buat perkara yang boleh merosakkan gigi macam merokok, ambik minuman berkafein dan tak mendapatkan rawatan dari doktoq gigi akan memberi kesan buruk pada gigi hampa. Disini kami ingin kongsikan beberapa cara mudah untuk hampa menghilangkan plak-plak yang terdapat pada celah gigi dan menjaga kesihatan gigi.

1. Soda Bikarbonat Serbuk soda bikarbonat ni keghap dok dengaq digunakan dalam barangan perubatan. hampa boleh mencampoqkan satu camca teh soda bikarbonat dengan secubit garam. Kemudian tenyehkan pada beruih gigi yang basah pada mix tadi dan beruih gigi macam biasa.

2. Aloe Vera Gliserin Jom hasilkan ubat gigi semulajadi dengan menggunakan; 1 cawan ayaq 1/2 cawan soda bikarbonat 1 camca teh aloe vera gel 4 camca teh gliserin tumbuhan 1 camca teh pati minyak limau Campoqkan kesemua bahan diataih kemudian kacau sehingga menjadi pes. Beruih gigi hampa macam biasa dengan menggunakan pes tadi. Gigi akan menjadi lebih putih dan bersinar selepaih beberapa minit.

3. Kulit Oren Gosokkan kulit oren pada gigi hampa. Ia akan membantu membersihkan enamel yang melekat pada gigi dan memutuhkan serta menghalang kesan bakteria daripada merebak. Bilaih dengan ayaq selepaih selesai menggosok gigi hampa dengan kulit oren hat sama dok habaq tadi.

5. Bijirin ambik segenggam bijirin dan kunyah selama beberapa minit, kemudian ludahkan semula untuk membersihkan gigi. Gunakan beruih gigi kerin untuk membuang saki baki bijirin yang melekat pada celahan gigi tadi.

6. Larutan Cuka Cuka adalah salah satu cara yang palin berkesan untuk membersihkan gigi hampa tanpa merosakkan permukaannya. Caranya; 2 camca teh cuka epai 1 camca teh garam 4oz ayaq Camourkan kesemua bahan diataih, gosok gigi dan bilaih dengan mix tadi. Ulang untuk beberapa hari untuk mendapatkan kesan yang baik. Semoga perkongsian ni memberi manfaat yang berguna buat kita semua. Selamat cuba try test try test! utaranews. com


Tauk Plak Gigi Dengan Cara Palin Mudah

Tauk Plak Gigi Dengan Cara Palin Mudah




ARTIKEL BARU ARTIKEL LAMA

Saya mau komen sebagai Onanimus
Nama :
Email :
Url :



cimms jkkkp itanah luas wikia.com medium medium medium penang kpdnkk sprm imgur fb gplus stmble aboutme