cucu toknek habaq, kalau nak masuk blog toknek, taip lagu nih :

{{ dabeliu tiga kali, dot toknek dot com }}



Mutusikai Vespa Elektrik Sepenuhnya Akan Mula Dijuai Pada Tahun 2018


artikel ditulis oleh Toknek pada : 2017-11-09 14:14:01
Kategori Ilmiah | Sumber asal : Link


Vespa ialah mutusikai ikonik yang diabadikan di dalam filem klasik Roman Holiday dan komik ternama Lagak A Mahmud. walaupun dah berumoq lebih tujuh puluh tahun, rekaan asaih sebuah Vespa tak banyak berubah dari model asai. Tahun hadapan Vespa elektrik sepenuhnya akan mula dipasaqkan bagi pemilik yang mementinkan gaya klasik tapi cakna dengan masalah pencemaran.

Piaggio Vespa Elettrica dilengkapi motoq elektrik 4kW yang menurut depa lebih berkuasa berbandin enjin 50cc. Dengan sekali caj Vespa Elettrica mempunyai jarak operasi sehingga 100 kilometer. Sebuah model hybrid turut akan dipasaqkan yang menggandakan jarak operasinya. Sistem paparan LCD menggantikan meter analog. Kelajuan, masa, suhu dan caj bateri dipapaqkan pada LCD ni.

takdak maklumat pasai ghega jualan buat masa ni. Persoalan eksistensial di sini ialah adakah Vespa masih dok lagi Vespa sekiranya ia tak lagi mengeluaqkan bunyi enjinnya yang cukup dikenali ghamai?


Mutusikai Vespa Elektrik Sepenuhnya Akan Mula Dijuai Pada Tahun 2018




ARTIKEL BARU ARTIKEL LAMA

Saya mau komen sebagai Onanimus
Nama :
Email :
Url :



cimms jkkkp itanah luas wikia.com medium medium medium penang kpdnkk sprm imgur fb gplus stmble aboutme