cucu toknek habaq, kalau nak masuk blog toknek, taip lagu nih :

{{ dabeliu tiga kali, dot toknek dot com }}



Masjid Terbesaq Eropah Di Cologne German Akhiaqnya Dibuka Kepada Umum


artikel ditulis oleh Toknek pada : 2017-06-18 16:18:01
Kategori Merepek | Sumber asal : Link


Turkish-Islamic Union for Religious Affairs DITIB akhiaqnya telah membuka satu masjid baghu untuk aktiviti ibadat pada hari Jumaat lepaih 9 Jun 2017, di German city of Cologne. Asaih Masjid DITIB Central telah bermula pada tahun 2009 dan, menurut organisasi tu, satu majlih pembukaan rasmi akan diadakan dalam tempoh dua bulan akan datang. Pelbagai halangan jengoi semasa masjid ni dalam pembinaan.

Rujuk website rasmi masjid, http://www. zentralmoschee-koeln. de/ Sebelum pembukaan masjid, pengerusi DITIB, Nevzat Yasaq Asikoglu melampiaskan ghasa gembiranya ataih pembukaan masjid ni yang akan memuatkan kira-kira 1,200 oghang. Kita dalam bulan Ramadan, kita bersembahyang jumaat di sini dan kami membuka masjid kepada umum hari ni. Hari ni sangat istimewa bagi kami.

Untuk first time kami akan sembahyaang di sebuah masjid yang ambik masa bertahun-tahun pembinaannya, kata Asikoglu , mengucapkan tahniah kepada oghang Muslim yang tinggai di German dan Europe ataih pembukaan masjid baghu ni. Masjid ni telah dibina dalam keluasan 17,000 meter persegi. Fasiliti yang disediakan termasuklah masjid, pelbagai ruang pejabat, bilik mesyuarat, dewan pameran, sebuah muzium, sebuah perpustakaan, pusat sukan dan remaja, sebuah rumah tumpangan, studio tv dan radio, dewan konferens, bazar tertutup dan tempat letak gheta dengan kapasiti 150 gheta.

Turkish-Islamic Union for Religious Affairs cawangan Cologne, German selalunya dirujuk sebagai DITIB. Ia merupakan salah satu organisasi islamik yang terbesaq di German. DITIB telah diasaihkan pada tahun 1984 sebagai cawangan Jabatan Hal Ehwai Agama Presiden Turkey Turkey s Presidency of Religious Affairs DIB yang lebih dikenali sebagai Diyanet. Sedikit ceghita Di sebalik Pembinaan Masjid Central Cologne.

Masjid Central Cologne, sepintaih lepaih melalui bangunannya, barangkali kita takkan sangka yang ianya merupakan sebuah masjid. Berbeza dari masjid lain, berntuk masjid ni takdak kubah. Malah gayanya sangatlah moden, bentuk utamanya macam sebuah bolaa dengan dindin yang dibina daripada bahan transparen. Keindahan masjid ni banyak menyimpan ceghita-ceghita yang ironik.

Semasa dalam pembinaan, pembinaannya ditentang oleh pelbagai kelompok masyarakat di kota Cologne. Salah satu penentangnya adalag Ralph Giordano, kelompok sayap kanan dan neo-Nazi yang ada di German. tapi la nih, seirin dengan prinsip kebebasan beragama yang semakin kuat di German, takdak lagi kecaman macam dahulu.


Masjid Terbesaq Eropah Di Cologne German Akhiaqnya Dibuka Kepada Umum

Masjid Terbesaq Eropah Di Cologne German Akhiaqnya Dibuka Kepada Umum

Masjid Terbesaq Eropah Di Cologne German Akhiaqnya Dibuka Kepada Umum

Masjid Terbesaq Eropah Di Cologne German Akhiaqnya Dibuka Kepada Umum






ARTIKEL BARU ARTIKEL LAMA

Saya mau komen sebagai Onanimus
Nama :
Email :
Url :



cimms jkkkp itanah luas wikia.com medium medium medium penang kpdnkk sprm imgur fb gplus stmble aboutme