cucu toknek habaq, kalau nak masuk blog toknek, taip lagu nih :

{{ dabeliu tiga kali, dot toknek dot com }}



Liza Hanim Bakai Juara Gegarvaganza 4


artikel ditulis oleh Toknek pada : 2017-11-15 12:12:01
Kategori Hiburan | Sumber asal : Link


Pejam celik pejam celik, GegarVaganza 4 GV4 la nih telah pun memasuki minggu keempat. Pantaih sungguh masa berlalu. Setakat hari ni, toknek memang tak penah terlepaih menyaksikan konsert GV4. syok tengok penyanyi-penyanyi lama kembali beraksi dan berentap di ataih pentaih. suagha masing-masin masih dok padu dan jitu. Minggu lepaih di konsert ketiga, Raja Azura telah pun mengikuti jejak langkah Ferhad sebagai peserta yang tersingkiaq daripada GV4.

Selepaih persembahan minggu ketiga jugak, rata-rata para netizen dah mula membuat tekaan masing-masin tentang pasai peserta yang bakai bergelaq juara. Nama Liza Hanim adalah antara yang disebut-sebut sebagai feveret untuk menjuarai pertandingan ni. Tekaan ni bukanlah tekaan kosong, sebaliknya pasai prestasi Liza Hanim yang cukup memberangsangkan sejak minggu pertama GV4 lagi.

Untuk makluman, Liza Hanim telah mendapat tempat pertama di minggu kedua dan jugak minggu ketiga. Kehebatan suagha Liza Hanim tak perlu dipertikaikan, namun apa yang menariknya setiap minggu Liza Hanim tampil dengan persembahan yang unik, bertenaga dan memukau. Memang meremang bulu roma toknek dibuatnya setiap kali giliran Liza Hanim naik ke ataih pentaih.

Secara jujoqnya, toknek teruih menjadi penyokong Liza Hanim selepaih tengok persembahan minggu pertamanya. Sedikit sebanyak toknek ingin membantu Liza Hanim menjuarai GV4 ni. Untuk makluman, markah persembahan adalah 100 peratus daripada juri. Jadi toknek tak perlu nak hantaq undi SMS. Apa yang toknek laku setiap minggu ialah mengundi Liza Hanim sebagai Digi Staq of The Week menerusi applikasi MyDigi.

Kalau hampa semua peminat tegaq Liza Hanim atau peminat peserta-peserta lain , pastikan hampa semua mengundi depa sebab banyak kelebihan apabila dipilih sebagai Digi Staq Of The Week . Selain daripada memenangi hadiah daripada Go Shop, pemenang Digi Staq Of The Week jugak boleh memilih giliran kedudukan untuk membuat persembahan pada minggu berikutnya.

Palin pentin, selepaih hampa mendapatkan kod undi menerusi applikasi MyDigi, teruih pergi ke www. gegarvaganza. com. my untuk mula mengundi. Undian dibuka hari-hari Ahad sehingga hari Rabu saja. Sekiranya hampa merupakan pengundi terpantaih, hampa bakai memenangi hadiah mingguan daripada Digi. Hadiahnya pun bukan calang-calang tau. Untuk ketahui lebih lanjut sila layari layari portai Digi Community: http://digi.

my/gv-nara untuk cara mengundi di aplikasi MyDigi. Jadi tunggu apa lagi? Undilah peserta GV4 kegemaran hampa dan pastikan depa mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bergelaq juara. toknek dah undi Liza Hanim dah. hampa pulak lagu mana?


Liza Hanim Bakai Juara Gegarvaganza 4

Liza Hanim Bakai Juara Gegarvaganza 4




ARTIKEL BARU ARTIKEL LAMA

Saya mau komen sebagai Onanimus
Nama :
Email :
Url :



cimms jkkkp itanah luas wikia.com medium medium medium penang kpdnkk sprm imgur fb gplus stmble aboutme