cucu toknek habaq, kalau nak masuk blog toknek, taip lagu nih :

{{ dabeliu tiga kali, dot toknek dot com }}



Kedai Makan Ni Menggunakan Pelayan Yang Nyanyok Tengok Apa Makanan Yang Pelanggan Dapat


artikel ditulis oleh Toknek pada : 2017-06-19 16:12:01
Kategori Merepek | Sumber asal : Link


Salah satu perkara yang palin mengecewakan yang boleh berlaku apabila makan diuaq, kita order apa yang kita mau, tapi kita terima hidangan yang lain. Yang peliknya, sebuah restoran ni menawaqkan kesilapan order kepada para pelanggan depa. Restoran ni dok ada di Toyosu, Tokyo dan misinya adalah untuk ambik pekerja yang menghidapi penyakit Dementia pelupa/ nyanyok .

Premih restoran ni masih dok lagi dalam tempoh percubaan dari tarikh 2 Jun- 4 Jun 2017. Kakitangan yang diambik bekerja tu mempunyai masalah dementia yang akan ambik pesanan yang salah dari para pelanggan. punca depa ambik pekerja dementia ni adalah pasai depa mau mencipta persefahaman antara pesakit dementia dan masyarakat di luaq sana. soghang blogger makanan bernama Mizuho Kudo telah pergi ke kedai makan ni.

Beliau memilih untuk order burger , tapi beliau mendapati bukan burger yang dapat, beliau dapat ladu gyoza . Bukan saja makanan yang dibawak oleh pelayan tu salah, malah makanan yang dibawak tu jugak tak sedap sama sekali katanya. tapi cara depa melayan Kudo sangat baik dan penuh dengan senyuman seolah-olah depa syok bekerja di The Restaurant Of Order Mistakes ni.

la nih, selepaih tamat tempoh percubaan, salah satu program lagi bakai dilaku oleh Tokyo Maggie untuk satu program pada bulan September untuk memperingati pesakit Alzheimer Sedunia pada 21 September 2017 nanti.


Kedai Makan Ni Menggunakan Pelayan Yang Nyanyok Tengok Apa Makanan Yang Pelanggan Dapat

Kedai Makan Ni Menggunakan Pelayan Yang Nyanyok Tengok Apa Makanan Yang Pelanggan Dapat

Kedai Makan Ni Menggunakan Pelayan Yang Nyanyok Tengok Apa Makanan Yang Pelanggan Dapat

Kedai Makan Ni Menggunakan Pelayan Yang Nyanyok Tengok Apa Makanan Yang Pelanggan Dapat

Kedai Makan Ni Menggunakan Pelayan Yang Nyanyok Tengok Apa Makanan Yang Pelanggan Dapat

Kedai Makan Ni Menggunakan Pelayan Yang Nyanyok Tengok Apa Makanan Yang Pelanggan Dapat




ARTIKEL BARU ARTIKEL LAMA

Saya mau komen sebagai Onanimus
Nama :
Email :
Url :



itanah luas kistarp wikia.com medium medium medium penang kpdnkk sprm