cucu toknek habaq, kalau nak masuk blog toknek, taip lagu nih :

{{ dabeliu tiga kali, dot toknek dot com }}



Hilangkan Pipi Tembam Dengan 5 Senaman Mudah


artikel ditulis oleh Toknek pada : 2017-11-10 23:52:01
Kategori Berita | Sumber asal : Link


sapadia kata pipi tembam je mesti oghang tu topui. Eh oghang kuruih pun ada tau berpipi tembam. oghang yang berpipi tembam je tau betapa sengsaranya sebab selului jadi bahan cubitan memba-memba atau pun betapa susahnya nak menggayakan tudung. Kalau baby yang berpipi tembam ni memang la comey kan, cuba try test kalau oghang dewasa pulak eeii mesti rimaihkan. . tapi jangan bimbang, hampa semua boleh cuba try test amalkan senaman ringan ni untuk kurangkan sikit pipi yang tembam tu. Cara ni sangat efektif tau, hampa semua boleh buat tang mana-mana dan pada bila-bila masa je yang hampa semua suka. Jom ikuti beberapa langkah dibawah untuk kuruihkan pipi;

1. Mengurut Muka Gunakan serbuk gandum ataupun minyak zaitun untuk mengurut wajah supaya peredaran darah dapat berjalan dengan lancaq dan sihat. Urut dari bawah dagu ke ataih pipi secara bulatan, urut lima kali atau lebih dan jangan lupa tekan pipi secara perlahan bermula dari sudut bibiaq hingga ke telinga.

2. Menjeliaqkan Lidah Buka mulut lebar-lebaq lepastu jeliaqkan lidah sepanjang yang hampa semua mampu. Kalau boleh sampai menyentuh dagu tau, kemudian tahan selama 10 saat. hampa semua boleh ulang buat sebanyak 10 kali atau lebih.

3. Buat Mulut Ikan Cara ni menggunakan bahagian mulut, pipi dan rahang. hampa semua cuma perlu sebut huruf I dan O secara cepat-cepat sebiji macam mulut ikan mas dalam akuarium tu. Macam kelakaqkan tapi cara ni dapat membantu aliran darah di bahagian wajah berjalan dengan lancaq tau.

4. Tiup Belon Beli belon dekat kedai lepastu tuip belon tu sampai mengembang besaq tapi jangan ikat sebab hampa semua kena kempihkan balik lepastu ulang tiup selama 15 kali sehari. Kalau hampa semua konsisten dengan cara ni, konfem pipi yang tembam tu akan jadi runcin.

5. Menyedut Pipi Sedut pipi kanan dan kiri kuat-kuat, tahan selama 10 saat dan lepaihkan. Ulang sampai 10 kali. Kalau nak buat lebih pun boleh je tak salah pun. penah jugak dengaq oghang kata, kunyah gula-gula getah pun boelh membantu kuruihkan pipi, lima cara ni pun kalau dilaku dengan konsisten memang confirm lah pipi yang tembam tu hilang dan takkan merimaihkan hampa semua lagi. Terpulang la nak buat cara mana pun ya. Selamat cuba try test try test ! utaranews. com


Hilangkan Pipi Tembam Dengan 5 Senaman Mudah

Hilangkan Pipi Tembam Dengan 5 Senaman Mudah




ARTIKEL BARU ARTIKEL LAMA

Saya mau komen sebagai Onanimus
Nama :
Email :
Url :



cimms jkkkp itanah luas wikia.com medium medium medium penang kpdnkk sprm imgur fb gplus stmble aboutme