cucu toknek habaq, kalau nak masuk blog toknek, taip lagu nih :

{{ dabeliu tiga kali, dot toknek dot com }}



Farid Kamil Aaron Aziz Terima Gelaran Datuk


artikel ditulis oleh Toknek pada : 2017-12-16 15:12:01
Kategori Hiburan | Sumber asal : Link


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon serta pengarah tanah ayaq, Farid Kamil dan jugak artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz yang menjadi antara 169 penerima kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakaq, Pekan hari ni. Farid dan Aaron menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang DIMP yang membawa gelaran Datuk.

Isteri menteghi Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansoq, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain. Sultan Ahmad Shah jugak berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang SAP kepada enam penerima, Setia Mahkota Pahang SMP lapan individu, Ahli Mahkota Pahang AMP 20 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang PKC enam penerima dan Pingat Jasa Kebaktian PJK kepada 13 individu.



Farid Kamil Aaron Aziz Terima Gelaran Datuk




ARTIKEL BARU ARTIKEL LAMA

Saya mau komen sebagai Onanimus
Nama :
Email :
Url :



cimms jkkkp itanah luas wikia.com medium medium medium penang kpdnkk sprm imgur fb gplus stmble aboutme