cucu toknek habaq, kalau nak masuk blog toknek, taip lagu nih :

{{ dabeliu tiga kali, dot toknek dot com }}



Cheq Tak Nak Dengaq Lagi Pandangan Buruk Terhadap Muslim Cheq Mau Tengok Sendiri Garry


artikel ditulis oleh Toknek pada : 2017-06-18 16:20:01
Kategori Merepek | Sumber asal : Link


soghang lelaki Australia yang cemuih dengan berita-berita di tv, radio dan surat khabaq yang asyik memburuk-burukkan oghang Islam menjadi viral di media so-siall. Garry Brafford dari Gold Coast, bagitau: cheq tak mau baca artikel surat khabaq, cheq tak mau dengaq kepada Pauline Hanson, atau mana-mana radio meghepek yang memberikan kepada cheq satu pandangan buruk terhadap Muslim.

Jadi cheq terpikiaq, cheq akan membuatnya berjumpak sendiri oghang Muslim . Bermula dari situ, Garry memulakan ekspedisinya untuk mengenai oghang Muslim di Sydney. Garry melawat banyak masjid, pusat kebajikan dan berjumpak banyak oghang Muslim. Antara penemuan yang berjaya dihasilkan oleh Garry hasil pertemuan tu adalah mendapati oghang Muslim jugak mempunyai isu yang sama macam oghang-oghang lain.

Garry berharap tindakannya tu memberi inspirasi kepada oghang lain untuk membuat perkara yang sama. Rasanya sangat pentin bagi kita untuk pusin kembali dan berpikiaq: cheq perlu diajaq semula. cheq perlu berjumpak dan bercakap dengan oghang-oghang Muslim di sekelilin cheq. Dan cheq akan bertanya apa yang ada dalam fikiran depa. Nak tau awat? Sebab benda yang depa pikiaq sama saja dengan benda yang kita pikiaq.

kalau kamu ada anak-anak, depa pun ada anak-anak. depa mempunyai isu yang sama macam kamu semua. Dalam masa yang sama, Garry turut mempertahankan Muslim menerusi laman Facebooknya apabila berlaku salah paham. Dan ya, video Garry tu viral dan mendapat lebih 14,000 perkongsian sejak diupload dan diringkaihkan oleh One Path.


Cheq Tak Nak Dengaq Lagi Pandangan Buruk Terhadap Muslim Cheq Mau Tengok Sendiri Garry






ARTIKEL BARU ARTIKEL LAMA

Saya mau komen sebagai Onanimus
Nama :
Email :
Url :



cimms jkkkp itanah luas wikia.com medium medium medium penang kpdnkk sprm imgur fb gplus stmble aboutme