cucu toknek habaq, kalau nak masuk blog toknek, taip lagu nih :

{{ dabeliu tiga kali, dot toknek dot com }}



Cheq Bukan Larikan Diri Sedang Kumpoi Wang Untuk Bayaq Ganti Rugi Zurin Jundi


artikel ditulis oleh Toknek pada : 2017-10-11 14:34:01
Kategori Merepek | Sumber asal : Link


Pemilik syarikat perancang pernikahan Zurin Jundi yang didakwa menipu sebelum ni bagitau, pihaknya akan membayaq ganti rugi kepada pelanggan yang tak mendapat perkhidmatan memuaskan. Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahaq, peguam yang mewakili pemilik syarikat tu bagitau pihaknya jugak bersedia berdepan dan berbincang dengan 91 bakai pengantin yang membuat laporan polih terhadap syarikat tu.

Bagaimanapun, anak guamnya, Zurina Ahmad Jundi, 35, akan membayaq ganti rugi tu secara berperingkat-peringkat berikutan pihaknya masih dok membuat kiraan sebenaq untuk punca tu. Kepada 91 pelanggan tu, depa boleh berbincang dengan pihak Zurin Jundi sama ada mau meneruihkan khidmat kami atau ambik semula deposit depa. Daripada sejumlah pelanggan yang membuat laporan polih, hanya kira-kira 10 pelanggan saja yang mau ambik deposit dan selebihnya mau menggunakan khidmat Zurin Jundi selepaih mendengaq penjelasan, Akmal Arif turut mendakwa bisnes anak guamnya tu disabotaj oleh beberapa individu hingga jadi punca perkara tu menjadi viral di laman so-sial media.

Katanya, individu berkenaan jugak dikesan menyeleweng wang syarikat, sekali gus jadi punca beberapa majlih pelanggan terjejaih. Pihak kami akan ambik tindakan saman terhadap individu berkenaan, malah depa yang bertanggungjawab memviralkan isu ni akan turut didakwa. Semua yang berurusan dengan Zurin Jundi boleh menghubungi pemiliknya sendiri 24 jam selepaih sidang media ni selesai, katanya.

Berhubung isu pelamin yang ghamai dok kata macam reban ayam, Akmal Arif bagitau, isu berkenaan tak timboi pasai pelamin berkenaan dah dipersetujui oleh pengantin. Katanya, pengantin terlibat ambik pakej berharga RM10000, termasuk makanan untuk 1,000 tetamu, pelamin, meja makan beradab, baju pengantin, pintu gerbang, karpet merah serta solekan. Ada yang tak berpuas hati dengan pelamin tu pasai menganggap pelamin ditempah berharga RM10,000 sedangkan jumlah tu termasuk pakej semuanya, katanya.

Minggu lepaih, tulaq satu video berdurasi dua minit 14 saat berkenaan premih perancang pernikahan di Shah Alam, diserbu kira-kira 100 individu yang menjadi mangsa penipuan pakej pernikahan menjadi viral di media so-siall. Walaubagaimana pun, pihak kami mendapati video tu telah di padam. Kejadian berlaku disebabkan mangsa mau menuntut penjelasan daripada pemilik syarikat terlibat yang tak menepati macam yang ditawaqkan dalam pakej sehingga mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.



Cheq Bukan Larikan Diri Sedang Kumpoi Wang Untuk Bayaq Ganti Rugi Zurin Jundi




ARTIKEL BARU ARTIKEL LAMA

Saya mau komen sebagai Onanimus
Nama :
Email :
Url :



cimms jkkkp itanah luas wikia.com medium medium medium penang kpdnkk sprm imgur fb gplus stmble aboutme