cucu toknek habaq, kalau nak masuk blog toknek, taip lagu nih :

{{ dabeliu tiga kali, dot toknek dot com }}



Bapak Bekerja Sebagai Pencuci Tandaih Untuk Menghantaq Anak Belajaq Di Kolej


artikel ditulis oleh Toknek pada : 2017-07-27 04:32:01
Kategori Merepek | Sumber asal : Link


Cita-cita setiap mak pak adalah untuk tengok anaknya berjaya dan memiliki hidup yang lebih baik daripada depa. Kebanya depa berharap untuk menghantaq depa melanjut kan pelajaran kerena bagi depa pelajaran adalah segala nya dan dapat membantu untuk kearah kejayaan hidup. ni adalah ceghita soghang bapak yang sanggup berkorban apa saja untuk menghantaq anaknya ke kolej bagi melanjutkan pelajaran.

bapak ni bernama Idris, dan pekerjaan beliau adalah mencuci tandaih hari-hari untuk menampung kos pembelajaran anaknya. tapi untuk mengelakkan anaknya daripada malu kepada memba-memba dan masyarakat sekelilin, beliau terpaksa menyembunyikan pekerjaan sebenaq beliau daripada anaknya. ceghita ni sampai kepada memba-memba satu ofih beliau, dan memba-memba beliau telah menghadiahkan sesuatu yang sangat bermakna untuk Idris.

ni adalah ceghita Idris dan anaknya : Aku tak penah habaq anakku tentang pasai pekerjaan ku, pasai aku tak mau dia berasa malu pasai bapana adalah soghang pencuci tandaih. hari-hari sebelum aku pulang ke rumah, aku akan mandi di tandaih awam, dan apabila anakku bertanya aku gheja apa, aku hanya habaq aku adalah soghang buruh kasaq. Aku mau menghantaq anakku ke kolej yang torrrbaek supaya dia dapat pekerjaan yang elok.

Setiap sen yang aku dapat, aku habihkan untuk yuran kolej dan buku-buku anakku. Aku tak penah beli baju baghu, atau apa-apa untuk diri aku, cukup lah aku tengok anak aku tenang untuk belajaq di kolej. Tapi pada satu hari, anak ku memintak duit untuk membayaq yuran akhiaq semester. Aku tak dapat bekerja pada hari tu, dan aku hanya bagitau jangan risau nak, nanti abah carikan .

Aku keluaq dan hanya duduk di sebelah longgokan sampah teghiak pasai tak dapat memberikan duit kepada anakku. Ada memba-memba satu ofih ku yang datang tengok, tapi depa tak berani untuk menegoq. Aku teruih teghiak sambey memikiaq kan apa yang aku perlu habaq anakku. Memang aku di lahiaqkan miskin, dan takdak apa yang baik akan datang kepada oghang yang miskin melainkan kesusahan.

Selepaih memba-memba ku habih gheja, depa datang kepadaku dan menghuloqkan duit gaji depa pada hari tu, untuk aku membayaq yuran anak ku. Aku menolak pemberian depa, tapi depa tetap berkeraih untuk ku menerima. depa bagitau biaqlah satu hari ni kami tak makan, yang pentin anak kamu dapat pergi belajar . Hari tu aku pulang tanpa menukaq baju gheja ku, pakaian soghang pencuci tandaih.

Anak ku dah di tahun yang terakhiaq, dia ada bekerja sambilan untuk mengajaq tuisyen. Hari-hari dia akan menghantaq aku pergi gheja, dan membawa makanan untuk aku dan memba-memba ku. depa ketawa dan bertanya awat selului sangat dia datang dan membawa makanan untuk kami. Anak ku menjawab, kamu semua telah berlapaq untuk cheq sehingga cheq menjadi soghang yang berguna la la nih, berdoalah untuk aku supaya aku sentiasa dapat membawa makanan untuk kamu semua hari-hari.

la la nih aku tak lagi ghasa macam soghang yang miskin, pasai sapa-sapa yang ada anak macam anak aku, dia tak akan menjadi miskin.


Bapak Bekerja Sebagai Pencuci Tandaih Untuk Menghantaq Anak Belajaq Di Kolej




ARTIKEL BARU ARTIKEL LAMA

Saya mau komen sebagai Onanimus
Nama :
Email :
Url :



cimms jkkkp itanah luas wikia.com medium medium medium penang kpdnkk sprm imgur fb gplus stmble aboutme