cucu toknek habaq, kalau nak masuk blog toknek, taip lagu nih :

{{ dabeliu tiga kali, dot toknek dot com }}



15 Tips Ghaya Di Kampung Sangat Pentin Yang Ghamai Oghang Tak Perasan


artikel ditulis oleh Toknek pada : 2017-06-24 21:12:02
Kategori Hiburan | Sumber asal : Link


gambaq: fotomedia. com. myUntuk mudahkan urusan masa balik ghaya di rumah mak bapak di kampung, sila ikuti 15 langkah berikut :

1. bawak balik seterika sendiri. Supaya x dok beghebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.

2. Rumah di kampung kadang x ada aircond, kipaih terhad, bawak balik 1 kipaih sendiri. Kalau dapat elakkan tidoq hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. bawak balik extention cable sekali. Taklah dok beghebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll.

4. Kalau perlu, tilam toto pun bawak sekali.

5. Boleh tidoq lewat malam ghaya, tapi jangan sampai terlepaih solat di pagi ghaya. ghamai buat macam tu.

6. Ajaq isteri dan anak pompuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemaih meja lepaih makan. Anak laki tolong atuk kemaih rumah sapu laman, bakaq lemang, ligan ayam dll.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan talipon, mak bapak pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp. Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan oghang lelaki buka baju atau merokok masa ghamai-ghamai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan respect .

9. Santuni adik beradik yang sedikit kughang berada dari kita. Jangan sembang bab gheta, telefon baghu, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkaih. tumpu pada silaturrahim.

10. Bagi duit ghaya pada mak bapak ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang pentin, namun keberadaan kita bersama depa lebih disyukuri. 1

1. Jangan selului terpeghap dalam bilik. ni biasa hobi menantu pompuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapoq. Dan 1 lagi, time ghaya ni lah nak kenai saudara mara. Kalau terpeghap dalam bilik, mana nak kenai sapadia yang datang. 1

2. Kalau ada lebihan rejeki, tolonglah beli barang-barang dapoq. Beraih pulut, daun palaih, dagin 3-4 kg. Kuih ghaya 3-4 balang dll. Palin koman kordial sunquick pun kira dah soleh tu. 1

3. Jangan mudah terasa dengan tutoq kata adik beradik ipaq duai. Belajaq berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawai dengan kemarahan kita. Kalau ghasa diri memang tak boleh nak berlebih kughang dgn org lain. . jgn harap oghang lain berlebih kughang dengan kita. Kena belajaq erti menghormati yg tua yg muda jangan ghasa kita hebat. 1

4. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba try test enjoy dan menerima seadanya. barangkali tak sama dengan ghaya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh menikah!1

5. Kita balik kampung bukan pasai budaya. tapi pasai mak bapak kita. Tanggungjawab kita. Kalau depa dah takdak, memori masih dok terpahat di sana. Nikmati masa hat sama dok habaq tadi. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi1

6. Sebelum balik ke rumah masing2 jangan lupa huloq kat bapak untuk top up bil Letrik dan ayaq. Jangan tinggaikan beban kepada depa. Ingat chemeyy ke. . .


15 Tips Ghaya Di Kampung Sangat Pentin Yang Ghamai Oghang Tak Perasan




ARTIKEL BARU ARTIKEL LAMA

Saya mau komen sebagai Onanimus
Nama :
Email :
Url :



cimms jkkkp itanah luas kistarp wikia.com medium medium medium penang kpdnkk sprm